05 - TERKESIMA
Lenaku terganggu dek bunyi ketukan pada pintu, Kak Tasya mengejutkan aku. Ku lihat jam menunjukkan hampir 8 pagi. Kedengaran juga riuh sayup-sayup kedengaran dan apabila aku meninjau ke tingkap, kelihatan pekerja-pekerja sedang menyusun kerusi meja di bawah khemah. Aku menanggalkan pakaian ku lalu mencapai tuala terus masuk ke bilik air berjalan keadaan bogel...
"Ahhhh!!!" terperanjat aku apabila menolak daun pintu, kelibat Abang Azman sedang berdiri berbogel sedang bercukur. Kami saling berpandangan menatap antara satu sama lain. Inilah kali pertama tubuh bogelku dilihat oleh lelaki lain selain suamiku. Cepat-cepat aku menutup dengan tuala yang kupegang, lalu aku tutup semua daun pintu.
"Sorry Bang Long, ingatkan takde orang" kataku dari dalam bilik, jantung berdegup kencang.
"Takpe Lia, abang dah sudah ni" jawab Abang Azman menolak daun pintu melihatkan aku yang berdiri berkemban tuala. "Lia masuk le, abang dah sudah" katanya lagi
"Ermm...OK bang" jawabku terketar-ketar apabila melihatkan mata abang iparku terpaku melihat akan tubuhku yang hanya dibaluti tuala.
Lantas, abang iparku berlalu masuk ke biliknya, lalu pintu bilik air pada biliknya itu ditutup. Segera aku masuk ke bilik air lalu mengunci pintu itu dari dalam. Aku mengelamun sebentar. Bukan aku tak pernah melihat abang iparku berbogel, aku pernah je melihat dia dan kakakku bersetubuh, tapi inilah kali pertama tubuh bogelku ditatapnya, dan dia macam selamba takde rasa apa-apa. Aku yang berdebar lebih, takut pun ada. Memang aku terpandang juga kemaluannya yang mengendur itu tadi, tapi itu bukan persoalannya. Yang menjadi debaran ini ialah betapa aku merindui belaian suamiku yang tidak boleh bersama kami untuk tempoh yang agak lama. Aku sebak mengenangkan suamiku, pasti dia pun begitu merinduiku jua.
"Haaa, Lia, meh makan sama" pelawa Kak Salina melihatkan aku yang baru menuruni tangga.
Aku senyum, menuju ke meja makan. Kami adik beradik semua ada, tetapi tidak kelihatan pasangan mereka. Kak Tasya dengan Kak Salina menjamah sarapan sambil menyuap anak mereka. Pagi itu kami menikmati sarapan nasi goreng yang disediakan oleh Kak Tasya dengan Kak Bella.
"Mak ayah mana, diorang dah makan ke?" soalku
"Diorang awal lagi dah makan, ada kat luar tu tengah tengok apa yang patut" jawab Kak Bella sambil menyuap makanan ke mulut
"Abang-abang akak semua mana. Dah makan jugak ke?" soalku lagi memandangkan mereka tiada di meja makan, tiada di ruang tamu.
"Dah jugak, semua kat luar tengah tolong ayah" jawab Kak Tasya
Kami berborak kosong sambil menikmati sarapan. Kami bercerita tentang pakaian, fesyen dan karenah budak-budak di sekolah kami. Setelah selesai bersarapan, aku dan Kak Tasya mengemas meja makan. Kak Bella dengan Kak Salina bermain-main dengan Aiman dan Qistina.
"Kak, tadikan Lia ternampak Abang Man telanjang" bisikku pada Kak Tasya semasa kami sedang mengemas pinggang mangkuk di dapur
"Haishh....camne leh nampak tu?"
Aku pun menceritakan pada Kak Tasya perihal adegan sebentar tadi. Kak Tasya mendengar penuh minat sambil sesekali ketawa menyindirku. Aku dengan Kak Tasya memang kamcing, dia menjadi tempat aku mengadu dan meluahkan perasaan, kerana sebagai kakak sulung, dia lebih memahamiku. Aku pun tak segan silu nak berkongsi rahsia dengannya. Semasa aku mula berkenalan dengan Abang Yusuf dulu pun, aku minta pendapat Kak Tasya . Kak Tasya kata OK, barulah aku memperkenalkan pada mak ayahku. Dalam bab seks pun, aku banyak bertanya pada Kak Tasya sebelum melalui malam pertama. Pendek kata, hubungan aku dengan Kak Tasya memang akrab.
"Tu la, lain kali hati-hati, bilik air kita tu kongsi" pesan Kak Tasya
"Itu la kak, Lia tak dengar bunyi air, ingatkan memang takde orang, sekali tengok Abang Man selamba je telanjang sambil trim misai janggut dia"
"Kau pun yang telanjang juga tu kenapa? Kan dah kena tengok...hahaaa"
"Akak ni, Lia malu tau tak"
"Alaa, malu apa nya, yang kau tengok akak dengan abang projek tu boleh pulak?" juih kakakku
"Tu lain..."
"Kira adil la kan...hehehe" sambung kakakku lagi
Aku terdiam. Benda dah jadi, tak sangka nak jadi. Tak boleh nak undur balik masa. Apa yang jadi, telah pun terjadi. Terima je la. Apa nak buat. Bertuah la abang iparku itu, walaupun tanpa sengaja, dapat la dia tengok tubuh bogelku ini.
Menjelang tengah hari, suasana makin meriah. Pihak catering dah mula menyiapkan hidangan. Jiran tetangga pun dah ramai hadir, berbual dengan emakku di dalam rumah sambil menantikan zohor kerana Jemaah Masjid akan datang selepas solat Zohor untuk memulakan jamuan kesyukuran ini dengan doa selamat dan tahlil. Kami semua mengenakan baju kurung, bertudung. Abang-abang kami semua dah ke masjid bersama ayahku. Dalam setengah jam lagi penuhlah khemah ini dengan tetamu yang hadir.
"Amin.....Ya Rabbal A'lamin" imam menamatkan doanya diikuti dengan Jemaah yang lain.
Kesemua tetamu menjamu selera sambil mak ayahku berjalan dari meja ke meja meraikan rakan-rakan mereka. Aku dan kakak-kakakku turut makan bersama di meja bawah khemah, manakala abang-abang kami di meja yang lain. Riuh rendah suasana masa itu, dengan lagu-lagu yang berkumandang dari pemain audio yang disetkan oleh Abang Man dan Amirul menggunakan pemain CD yang ada. Tetamu tak putus-putus datang dan pergi hingga melewati Asar, masih ada lagi tetamu yang datang menziarah. Mak ayahku mempunyai ramai kawan, jadi tak hairanlah tetamu yang hadir begitu ramai. Mujur jamuan ini diuruskan oleh pihak catering, jadi tak la penat sangat. Kalau lah gotong royong, kami la yang akan penat nanti.
"Aduhai, lega rasanya" ujarku ketika melabuhkan punggung ke sofa bersama kakak-kakakku.
"A'aaa, dah selesai, catering pun dah balik, tunggu orang khemah je pulak" sambung Kak Tasya
"Bila diorang nak amik khemah?" soal Kak Bella
"Katanya esok petang" jawab Kak Tasya
"Dah boleh bukak kot" kataku sambil menanggalkan tudung
"Dah boleh dah" kata Kak Salina yang turut sama menanggalkan tudung, diikuti Kak Bella denga Kak Tasya.
"Lega rasanya.." Kata Kak Salina apabila dia mengibas-ngibaskan rambutnya yang panjang itu
"Akak naik bilik dulu, nak baring jap" ujar Kak Tasya
"Bella pun" kata kak Bella yang turut sama bangun mengikuti jejak Kak Tasya
"Ina pun, jom la Lia" ajaknya
Kami berempat menuju ke tingkat atas menuju bilik masing-masing. Aku masuk ke bilik lalu menanggalkan baju kurung, dan bra. Aku baring dalam keadaan begitu di bawah kipas melepaskan penat dan menikmati angin yang menyejukkan. Lega rasanya dapat berlengging macam ini. Aku yakin kakak-kakakku yang lain pun turut berlengging macam aku setelah seharian berbaju kurung bertudung bagai. Rimas dah panas berpeluh tak tau nak cakap la. Aku tak tau berapa lama aku berbaring, aku cuma tersedar apabila mendengar bunyi desiran air dari bilik, pasti Akak Tasya sedang mandi. Aku juga ingin mandi menyegarkan tubuhku yang seharian berpanasan ini.
No comments:
Post a Comment