01 - BALIK KAMPUNG
"Bang, jangan lupa cuti sekolah nanti kita balik kampung ye, mak abah
buat kenduri sikit" aku ingatkan suamiku tentang perancangan kami minggu
lepas.
"Ye yang, abang ingat, memang kita balik sana pun" jawab suamiku
sengih. "Adik-adik awak balik semua ke?"
"A'aa, semua pakat balik, lagi pun cuti sekolah, kan ke kita semua
cuti"
"OK la macam tu, nanti ajak la diorang stay lama sikit kat
kampung tu, cuti sekolah kan ke seminggu"
"Plan nya macam tu la bang, dah lama kami tak berkumpul adik
beradik" balasku gembira membayangkan adik-adikku semua balik bersama
pasangan dan keluarga masing-masing.
Sebagai anak sulung, aku berjaya memujuk semua adikku agar pulang ke kampung
cuti sekolah yang akan bermula minggu depan, 14 Mac hingga 21 Mac. Kenduri
dirancang akan dibuat pada 15 Mac, hari Ahad. Jadi kami semua akan bergerak
balik pada Sabtu 14 Mac itu. Sebagai guru, aku dan suami tidak sukar merancang
perjalanan kerana cuti sama. Begitu juga adik aku nombor dua, seorang guru
Kolej Tingkatan Enam manakala isterinya guru sekolah menengah, juga berkongsi
tarikh cuti yang sama. Adik ketiga ku juga seorang pendidik, yang mengajar
Tadika Kemas, dan suaminya seorang guru sekolah menengah. Adik bongsuku pula
baru sahaja melangsungkan perkahwinannya pada Disember tahun lepas juga seorang
guru sekolah rendah, namun dia tidak berjodoh dengan guru, sebaliknya dengan
Pegawai Polis berpangkat Inspektor di Kuala Lumpur.
Kali terakhir kami adik beradik dapat bersama adalah ketika raya puasa dua
tahun lepas, jadi kerinduan kami adik beradik amat tebal. Pasti banyak benda
yang nak diperbualkan nanti. Aku menghitung hari dek kerana tidak sabarnya
untuk bersama mereka dan bertemu mak ayahku yang tidak putus-putus bertanyakan
khabar cucu sulung mereka ini. Aku faham, faktor jarak dan masa menjadi
kekangan untuk kami bersama semuanya. Walaupun anak menantu emak semuanya dalam
bidang pendidikan, namun kesibukan urusan luar membataskan kami untuk balik
selalu. Aku dan suami tinggal di Ipoh, Amirul Afif adik kedua ku pula di Shah
Alam, Nabila pun bertugas di Pontian, dia mengikut suaminya yang bertugas di
situ. Hanya adik bongsuku, Zalia sahaja yang duduk bersama mak ayahku di
kampung kerana dia dapat posting berhampiran yang membolehkan dia
berulang alik. Kami adik beradik bersyukur kerana dia dapat bersama mak ayah,
sekurang-kurangnya ada juga peneman, namun apa yang mendukacitakan, suaminya
masih bertugas di Kuala Lumpur. Urusan pertukaran suaminya dibekukan buat
sementara waktu kerana isu Corona Virus yang melanda dunia sejak awal
Disember tahun lepas.
Kami empat beradik memang rapat sejak kecil hinggalah kini. Sebagai anak
sulung, dan kakak kepada mereka, aku disayangi dan menjadi tempat mengadu. Adikku
Amirul begitu mesra denganku, dan kadang-kala kemesraan yang ditunjukkan itu
lebih daripada adik dan kakak. Mungkin kerana umur kami rapat, hanya beza
setahun. Setahun selepas aku dilahirkan, ibuku melahirkan pun Amirul. Nabila
pun dilahirkan setahun selepas Amirul, cuma Zalia sahaja yang agak jauh beza
umur dengan Nabila, maka disebabkan itu dia agak manja dan mengada-ngada. Tapi
kami semua saling sayang antara satu sama lain walaupun kami semua sudah
berumahtangga dan memiliki keluarga sendiri.
*************************
"Assalamualaikum......mak......ayah......" jeritku memberi salam
apabila sampai ke halaman rumah. Kami selamat tiba Asar itu, dan masih tidak
kelihatan kereta adik-adikku yang lain. Nampaknya aku orang pertama yang
sampai.
"Waalaikumussalam" kedengaran suara adik bongsuku Zalia menjawab
salam seraya berlari menuju memelukku.
"Rindunya Kak Long...." Ujarnya sambil memeluk lalu mengucup
tanganku.
"Mak ayah mana?" tanyaku
"Diorang semayang" jawab Zalia. "Hai Bang Long"
sambungnya bersalaman dengan suamiku.
"Aiman, salam Mak Ucu ni cepat" arah suamiku merujuk kepada anak
kami yang berusia dua tahun itu. Terus Aiman bersalaman dengan Zalia, lalu
Zalia mencium anakku itu.
"Jom la masuk Kak" pelawa Zalia. Aku angguk sambil memimpin Aiman
"Awak masuk dulu, abang nak amik barang-barang ni dulu" kata suamiku.
Memang itulah kebiasaan kami apabila pulang, suamiku akan selesaikan urusan unload
barang ke dalam rumah terlebih dahulu.
Rumah mak ayahku memang besar, halaman yang luas. Asalnya dahulu tak besar
mana, namun apabila anak-anaknya berkahwin, ayah extend rumah sedikit
demi sedikit hingga kami dapat bilik seorang satu di tingkat atas. Bilik-bilik
itu agar besar dan boleh memuatkan satu katil queen, almari, meja. Kami
adik beradik mengambil inisiatif masing-masing bagi menjadikan bilik kami lebih
kondusif dan selesa. Kami memasang penghawa dingin agar lebih nyaman. Bilik
kami hampir sama besar, dan aku berkongsi bilik air dengan bilik Zalia.
Manakala bilik Amirul dan Nabila berhadapan bilik kami, Cuma yang membezakannya
adalah bilik air mereka di luar, di hujung bangunan. Kesemua bilik kami di
tingkat atas, dan di tingkat itu juga ada sudut rehat ruang santai yang kami sepakat
buat dengan menyediakan TV dan bantal besar untuk dijadikan tempat sandar atau
apa sahaja dengan permaidani yang agak tebal. Ruangan itu tidak lah besar
seperti ruang tamu di tingkat bawah, namun cukuplah untuk kami beristirehat dan
berbual di situ beramai-ramai.

Pelan lantai tingkat atas bilik mereka
Bilik mak dah ayah pula di tingkat bawah berdekatan dapur. Memang sengaja
mereka tidak mahu berada di tingkat atas atas alasan malas naik tangga. Lagi
pun, mereka selesa di bawah, senang nak bergerak katanya. Ruang dapur rumah
ayah memang besar, boleh dikatakan sebesar ruang tamu. Kalau kenduri kendara,
mudah nak bergotong royong memuatkan ramai orang. Meja makan pula di ruang
antara dapur dan bilik mak ayah, dilengkapi dengan meja yang besar, yang boleh
memuatkan sehingga sepuluh kerusi yang diperbuat daripada kayu jati. Manakala
ruang tamu berada di hadapan, terbahagi kepada dua, iaitu ruang untuk tetamu
yang dilengkapi sofa jati, manakala sebelahnya adalah ruang tamu untuk menonton
TV.
Aku merebahkan diri ke katil setelah menanggalkan tudung. Suamiku ulang alik
dari bawah ke bilik mengangkat barangan kami, manakala Aiman pula sedang
bermain dengan Zalia. Sedang aku mengelamun, tiba-tiba suamiku baring di
sebelahku, lalu dipeluknya aku.
"Ishh...abang ni, pintu tak tutup tu" tempisku
"Alaaa, mana ada sapa, Lia kat bawah" kata suamiku lantas
dikucupnya bibirku. Kami bertautan mesra.
"Dah la bang, jom turun, jumpa mak ayah" ujar ku melepaskan tautan
"Jom" kata suamiku bingkas bangun lalu menarikku berdiri, lalu
dipeluknya pinggangku.
"Jom" ajakku meleraikan dari rangkulannya.
Kami berjalan turun, kedengaran riuh suara Aiman bermain dengan Atuk dan Neneknya,
bergelak sakan diusik macam-macam. Zalia pula rajin menyakat anak saudaranya
itu, makin menjadi-jadi Aiman mengilai dan ketawa gembira.
"Mak ayah sihat?" tanya suamiku apabila kami bersalaman
"Alhamdulillah" emakku menjawab
"Amirul dengan Bella ada call ke mak, diorang kata nak sampai
bila?" tanyaku
"Entah la Tasya, tadi diorang cakap dan on the way" jawabku
emakku yang memanggil aku Tasya, singkatan namaku Natasya.
"Jalan jem tak tadi Man?" soal ayahku pada suamiku.
"Takde la jem sangat bah, biasa je, cuma slow moving je"
jawab suamiku
"Khemah tak pasang lagi ke mak?" soalku melihatkan halaman rumah
masih lapang.
"Katanya petang ni la diorang nak pasang"
Aku melihat jam, dan kutoleh pada halaman, kelihatan kereta Amirul memasuki
perkarangan rumah. Kami semua pakat bangun keluar. Kelihatan Amirul
tersengih-sengih menuju ke arah kami bersama isterinya, Salina yang mendukung
anak perempuan mereka Qistina yang berusia dua tahun.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam" jawab kami serentak, terus Amirul bersalaman
dengan mak ayahku, aku dan suamiku serta Zalia. Isterinya bersalaman dengan
semua kecuali dengan suamiku. Kami mempelawakan mereka masuk ke rumah.
"Masuklah dulu, Mirul nak amik barang jap" kata Amirul lalu menuju
ke keretanya.
"Jom abang tolong" sambung suamiku. Mereka berdua memang rapat,
sejak sebelum aku berkahwin, suamiku memang ngam dengan adikku ini, mungkin
sama-sama lelaki kot dalam keluarga, tambahan pula umur mereka pun tidak jauh
beza. Suamiku 27, manakala adikku 25.
Kami masuk ke rumah, berbual kosong di ruang tamu. Isteri Amirul mempunyai
rupa yang manis, dan perwatakannya yang ceria membuatkan dia disenangi oleh
kami adik beradik, tambahan pula dia ringan tulang. Apa yang menariknya,
wajahnya ada iras aku sedikit, begitu juga bentuk badan kami yang sama. Sekali
pandang, orang akan menganggap kami ni adik beradik. Pernah dulu aku bertanya Amirul,
kenapa pilih isteri macam aku, dia kata dia suka kat aku, dan nak orang yang
rupa macam aku. Aku ingatkan memain, rupanya memang isterinya itu ada iras-iras
aku sedikit, cuma beza pada rambut sahaja. Aku rambut paras bahu, manakalan
Salina mencecah ke pinggang
"Kak Long, mak, ayah, Ina nak ke bilik jap" pinta Salina
meninggalkan kami. Aku angguk, aku faham penat travel, meriba anak
sebagainya. Pasti dia nak baring sekejap macam yang aku buat tadi. Seketika
kemudian, suamiku dan Amirul masuk dengan beg dan barangan penuh di tangan.
"Amboi, baru nak masuk?" tegurku apabila mereka baru menampakkan
muka
"Alaaa... kami borak jap tadi..heheee" jawab Amirul. "Jom bang"
katanya berlalu menuju ke tingkat atas meninggalkan aku dengan Aiman dan
Qistina bersama mak ayahku yang ralit bermain dengan cucu-cucu mereka.